Sunday, October 31, 2010

::Sabar2....::

Assalamualaikum.....

selamat mlm, selamat berhujung minggu....

sronok rasenye dah jumpe hari sabtu n ahad..Yang dah berfamily, boleh lepak dengan anak suami..Yang belajar, boleh release tension kejap...Pegi main bowling ke, pegi la jaulah mana2...Asal kan dapt kurang kan sikit stress yang melanda zon minda tu..

Tp yg dok menaip ni, xde istilah hujung minggu baginya untuk minggu ni..Mana tidak nya. Dalam seminggu ni dah 4 papers selesai..Sear tak sear tinggal 2 papers lagi...

Dok sibuk buat latihan last minit, cmpur pulak baru nak print nota yang xcukup..erm buatkan dia ni berjagalah sampai lewat malam (awal pagi)...Dalam seminggu ni boleh kira berapa hari sangat dia tido kul 1 or 2...Yang lain..erm ada lepas subuh baru tido. Bukan untuk dibanggakan tapi buat sandaran dan pengajarn bukan tauladan ye untuk adik2 yang akan melalui zaman ni.(*peringatan keras, jangan contohi beliau)..hehe..

tup satu pagi dia bangun terasa la bertapa pedih nye tekak nak telan air liur..Haa disitu la bermula nya episod DERITA...Memandangkan shah alam minggu ni cuaca xbagitu panas..so quantity of drinking water dah merosot..sejuk la jugak.Nah disitu puncanya..

Elok je pegi ke doktor beliau embuat konklusi bahawa sebenarnya, bukan baru pagi td tekak tu sakit..tp dah 5-6 hari lepas..Cuma xsampai tahap kritikal.
" Ha, nasib baik awak datang cepat, ni kalo lambat leh jadi batuk pun berdarah..!!"

Hem usah ke terkejut, mata ni gatal je ngak mengalir, bukan sebab sakit.. tp sebab mengenangkan dia (yg dimaksudkan) xnak dengar cakap org len yg suruh pagi klinik awal2...huhu...*(Thank rabi, bawak sy pegi ke klinik ye..)

Doktor ckp xde pntang just increase pengambilan air putih(air masak)..elok je dia pegi bantai sambal ikan bilis tengahari tuh...masak sedap or lapar sgt xsure..tp nasi kat pinggan time tu licin...haha.

Dh berpeket2 dapat ubat mkn nye tidak..hem memang budak degil...At last dah sakit sgt baru ditelan ubat tersebut..

HARAPAN yg sgt menggunung ialah dapt sihat seperti sedia kala sebelum papers yg seterusnye....AMIN...

::Selamat berjuang sahabatku, semoga Allah berkati mu.
kenangan indah bersama mu takkan ku biar ia nya berlalu..
berjuang lah hingga ke akhirnya..::

OK jaga diri jaga iman...selamat malam..

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment