Tuesday, February 9, 2010

::tazkirah hati::

::alhamdulilah segala pujian hanya untuk Tuhan Pencipta sekalian alam....::

19 safar 1431 H

lepas solat magrib ana bersama sahabat2 serumah bergegas menuju ke Dewan Kuliah di menara SNT.

"cepatlah, nanti xdapat tempat duduk, ramai nak dengar cermah ni...." ana mengomel.
nyata telaah ana benar. tatkala sampai di tingkat 6 kami dapat melihat begitu ramai org berpusu2 menuju ke dewan tersebut. tidak sampai setangah jam kami masuk ke dalam, muslimin2 serta muslimat2 yg lain terus datng serta memenuhi ruang dewan. ana tidak begitu terkejut dgn jumlah pelajar yg hadir, kerana semasa ana di penang pernah jua bekas paderi dtg memberi ceramah. kehadiran pengunjung yg hadir sangat ramai ( kerusi yg di susun di laman perdana penuh, setiap aras yg mengelilingi laman perdana juga penuh dgn pengunjung.)

berbalik kpd ceramah ustadz Farhan td,
ceramah yg juga merupakan program PMH UiTM shah alam ni ana kira ia amat bersesuaian dengan kehendak semasa yg mana pelajar ISLAM kian bijak mencari sinar Nur-NYA.alhamdulillah ana serta shabat2 berasa senang hati untuk bersama2 di tman syurga. tiada aral yg melintang.

ceramah berkenaan di sampaikna oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Farhan Abdullah. beliau merupakan bekas paderi di tempat kelahiran beliau (sabah). ceramah itu bertajuk 'kembara pencinta kebenaran'. beliau juga merupakan pengasas TAHFIZ BISTARI yg berpusat di SAbah.maklumat lanjut mengenai beliau, sila ke laman web dibawah.

http://tahfizbestari.com

ceramah byk berkisarkan pengalamn hidup beliau sepanjg bergelar mukmin. beliau juga ada menceritakan dugaan beliau ketika memeluk ISLAM. pada awalnya, beliau telah merahsiakan pengislaman beliau drpd pengtahuan keluarga.

alhamdulillah kehadiran beliau telah memberikan ana satu pengalamn yg berharga dimana beliau berjaya membawa ana supaya kembali memuhasabah diri yg ana sendiri sering terlepas pandang.alhamdulillah, syukran jazilan ustadz.

di dalam kandungan ceramah, beliua jua ada memberikan komen personal beliau terhadap umat ISLAM kini yg mana ana kira kita patut ambil tindakan;

1. umat ISLAM kini kurang minat akan kerja2 dakwah. lantas beliau menyeru agar kita semua terus berdakwah untuk menjamin masa depan agama ISLAM yg lebih mantap.InsyaAllah. ( kredit utk ustadz Farhan)

2. kembali kepda ajaran Al-Quran dan sunnah wal jemaah.

3. jaga perpaduan dalam negara kerna kita di malaysia hidup dlm pelbagai budaya dan agama.maka hormat-menghormati merupakan 1 sikap yg wajib ada dalm diri supya perpaduan yg dicanang dapat dicapai.

4. motto perjuangan beliau dapt ana simpulkan, akidah didahulukan, syariat diutamakan. ringkas ttp sgt padat.

mabrur ya ustadz!!

:: semoga di lain waktu dapat kita sama2 mendengar ceramah2 agama tidak kira di mana kita berada. kerana sesungguhnya kita, sebagai manusia sering alpa dan leka dalam menjalani hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ini. lantas, kita harus sering memuhasabah diri.InsyaAllah semoga kita semua dlam redha-Nya.amin.....::

No comments:

Post a Comment