Thursday, November 6, 2014

Bukan Salah Mat Yo

Assalamualaikum w.b.t


Hai semua J Sihat ye semua.

First sekali Cik Nor nak citer sket perasaan lah kan, mmg seronok tak terkata sebab?? Sebab Pahang Menang Piala Malaysia. Haha.. tak pasal-pasal hari Isnin lepas dapat cuti peristiwa. Terima kasih kepada player Pahang  sb kekalkan momentum perlawanan sehingga ke sepakan penalty. Lena tidur la malam tu  sebab esok nya  kira Off Day lagi. Kah kah kah.


Dan sepanjang persiapan perlawanan macam-macam gelagat, aksi serta telatah penyokong kedua-dua pasukan. Walaupon Cik Nor ni mak ayah nya ic 01, tp daku sudah jatuh cinta dgn pasukan TOK GAJAH ni. Ingat lagi 2 tahun sudah, mase tu dekt rumah bujang@ rumah sewa tgk game ramai-ramai. Terpandang Si Matias ni, dalam hati awatlah si Pakcik Dollah Saleh ni amik pemain gebu sgt ni. Haha. Serius dia mmg gebu mase tu. Haha.  Last, tahun lepas tgk Piala Malaysia, dah kurus sket.. Boleh la. Ha tahun ni badan dia fit dah. Baru ade imej atlit. Haha. Sedap hati aku je kutuk. Haha.

Okay berbalik kepada Piala Malaysia ni, maklum sume tahu kan skuad Harimau Selatan bertemu Skuad Tok Gajah. Nak lucu pon ada tgk gambr troll yg orang duk buat. Cuba korang layan gambr troll yg super lucu ni.
Coach Pahang


            
Okay, dah-dah. Kang ade yang kena attack plak.Hehe. Well ramai dok troll si Mat Yo lepas sb konon nya dia yg menyebabkan JDT kalah kepada Pahang. Pada Cik Nor salah kalo kita piker mcm tu, sb kita kena ingat ni adalah game so menang kalah adat bertanding. Kalo betol dorg hebat kenapa xda tambahn gol sepanjang player Pahang main dgn 10 pemain??



Hehe, cakap mmg senang. Tp itu lah hakikat nya, rezeki lebih berpihak kepada Pahang. Xkira lah korang nak pikir si Mat Yo or si Amri Yahyah ke asbab nya. Hehe.
Anyway, Tahniah skuad Tok Gajah. Anda menjulang piala Malaysia buat kali kedua.

Piala Malaysia 2013

Piala Malaysia 2014
Okay itu saja Cik Nor nk kongsi kali ini.
Kita bersembang lagi lain masa okay..


NOR HADIJAH KUDIRAN
 ID : 1112236
 SMS/WA : +6013 361 2397
 PAGE : KEDAI VITAMIN CIK NUR
 EMAIL : nor_2118m@yahoo.com
 COD : SEKITAR JERANTUT PAHANG, & POS KE SELURUH MALAYSIA

 **Product ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit**

No comments:

Post a Comment