Wednesday, October 15, 2014

Bahaya Kabur Yang Berterusan

Assalamualaikum...

Hye semua, seperti apa yang sy cerita kan mengenai masalah mata sebelom ni, kebiasaan nya kekaburan mata disebabkan beberapa faktor.

Jika sebelom ini kita dah discuss mengenai cataract  yang boleh diubati dgn beberapa solution. Kekaburan mata juga boleh disebabkan oleh punca yang lain.

Hari ni nak citer pasal GLUKOMA.



"Tahukah anda bahawa Glukoma adalah satu penyebab utama kebutaan dan kebutaan boleh dielakkan?"


Glukoma adalah satu keadaan di mana tekanan dalam satu atau kedua-dua mata meningkat hingga ke tahap luar biasa. 
Jika keadaan ini dibiar tanpa rawatan, ia akan merosakkan saraf mata dan anda boleh menjadi BUTA secara senyap. 
Ha cube tgk gmbar kt bawah ni, ni adalah gambar keadaan biji mata utk pesakit glukoma.



Siapakah yang berisiko? 

Walaupon sesiapa sahaja boleh mendapat- Glukoma sesetengah orang lebih berisiko tinggi :

  • Berusia 40 tahun ke atas 
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghadapi glaukoma
  • Menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi
  • Mempunyai penyakit mata lain yang boleh menyebabkan tekanan mata tinggi
  • Rabun jauh 
  • Pengguna steriod untuk jangka masa yang lama

Jenis- jenis Glaukoma

  1. Glaukoma sudut terbka
  2. Glaukoma sudut tertutup
  3. Glaukoma kongenital- yang mana ia berlaku sejak lahir
  4. Glaukoma sekunder - disebabkan kecederaan, keradangan dan lain-lain.

Bagaimanakah Glaukoma di Kesan?

< Sejarah perubatan 
< Tonometri - untuk mengukur tekanan mata
< Gonioskopi
< Penilaian Cakera Optic ( Optic Disc Assessment)
< Analisis lapangan penglihatan ( Visual Field Analysis) 

***Lapangan penglihatan pesakit galukoma akan menjadi sempit perlahan-lahan dan mengakibatkan kebutaan kekal tanpa rawatan awal. 


Rawatan Galukoma

* Ubat titis mata 
* Rawatan laser ( Trabekuloplasti, Iridotomi)
* Pembedahan  ( Trabekulektomi)

 Apakah Yang Anda Boleh Lakukan??

Jika anda mempunyai kriteria-kriteria berisiko tinggi unuk menghidap glaukoma, adalah disyorkan anda mendapatkan pemeriksaan mata.
Pemeriksaan mata secara berkala dan pengesanan awal boleh menolong mencegah kebutaan secara kekal. 

Moral of the story, ayuh jaga mata kita dengan penuh kasih sayang, Kehilangan panca indera penglihatan adalah mimpe ngeri bg setiap orang. Sebagai anak kepada pesakit ini, dapat saya bayangkan betapa sengsara nya apabila kita disahkan menghidap penyakit ini. Sangat tragik. Sayangi mata anda.

Disini juga saya serta kan  link untuk rujukan anda semua yang masih mencari-cari VITAMIN MATA yg ada dalam produck SHAKLEE.


Dan untuk mendapatkan product ini , anda boleh la click di bawah yea. 

 Beli Disini







NOR HADIJAH KUDIRAN 
 ID : 1112236 SMS/WA : +6013 361 2397 
 PAGE : KEDAI VITAMIN MURAH
 EMAIL : nor_2118m@yahoo.com 
 COD : SEKITAR JERANTUT PAHANG, & POS KE SELURUH MALAYSIA 



 **Product ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit**

No comments:

Post a Comment