Wednesday, October 1, 2014

Bahaya Cataract

Assalamualaikum..


Hai semua.. Apa khabar semua hari ni? hari ni saya nak kongsi info sikit pasal salah satu panca indera kita yang utama iaitu mata. Okay, biasa dengar tak perkataan ni 

"CATARACT"

Untuk pengetahuan anda semua, info ni saya amik dari HOSHAS, di mana last week saya teman Abg Lan ( No 5) bawak bonda pegi check up. Klinik mata kat sini lebih dikenali sebagai Jabatan Oftalmologi. Hehe.. ni bukan lah kali pertama saya datang depart. ni. Cuma kali ni lebih bermakna sket sebab nurse kt situ hulur 2 keping pamplet pada saya. Satu utk info katarak @ Cataract and 1 lagi.. apakah?? jeng jeng.. Next entri kita sembang yea.. Hehe.


Apa itu  cataract?

Gambar diatas adalah keadaan anak mata pesakit cataract. Selaput atau lebih dikenali sebagai cataract adlah salah satu penyakit mata dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Penglihatan menjadi kabur kerana cahaya tidak dapt menmbusi kanta yang telah gelap/ keruh. Keadaan ini jika dibiarkan akan mengakibatakan pesakit itu mengalami black out @ BUTA. 

Punca-punca berlaku nya cataract adalah::

  • penuaan ( umur > 60 tahun)
  • pesakit diabetes yang tidak mengawal paras gula dalam darah
  • kecederaan mata
  • ubat-ubatan seperti steroid
  • masalah radang mata berpanjangan @ sakit mata sokmo
  • kecacatan sewaktu dilahiran

Tanda-tanda penyakit cataract ->

  • penglihatan semakin kabur
  • sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas

  • kerap menukar cermin mata
  • silau kepada cahaya yang terang
  • kualiti warna yang berkurangan
  • selaput putih pada aanak mata


Apakah rawatan bagi masalah cataract?


Kebiasaan nya penyakit cataract hanya boleh dirawat dengan pembedahan. Dan kebanyakan pesakit telah menjalani pembedahan dan memperoleh penglihatan yang lebih baik. Cermin mata mungkin dapat membantu masalah ini buat sementara waktu. Jadi segeralah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas. 


Bagaimana pembedahan cataract?

1. Phacoemulsification.

  • Satu bukaan kecil dibuat pada kornea.
  • Satu alat dimasukkan ke dalam mata yang berfungsi menghasilkan gelombang ultra sound. 
  • Gelombang ini akan memecahkan cataract yang terdapat pada kanta dan disedut sepenuhnya.
  • Kanta tiruan akan dimasukkan ke dalam mata.
  • Mata tidk perlu dijahit.  
2. Ekstraksi cataract (ECCE)

  • Satu bukaan yang besar dihasilkan di sisi kornea.
  • Kanta yang keras dikeluarkan secara manual 
  • Kanta tiruan dimasukkan 
  • Luka pada kornea dijahit. 

Apakah yang dilakukan pada hari pembedahan??


√  Anak mata dikembangkan denga ubat titis
√  Anda perlu baring di atas katil bedah tanpa bantal.
√  Kawasan mata akan dibersihkan & sterile.
√  Bius setempat/ bius penuh akan diberikan
√  Pembedahan mengambil masa sekitar 30-60 minit ( Phacoemulsification / ECCE)

Apakah yang perlu anda lakukan selepas pembedahan??

√ Sentiasa memakai pelindung mata-spec
√ Bersihkan mata dengan menggunakan kapas bersih
√ Titiskan ubat mata mengikut arahan doctor.
√ Elakkan sebarang bendasing memasuki mata anda
√ Segera berjumpa doktor jika mata anda sakit
√ Appointment susulan selepas pembedahan untuk melihat progress kanta tiruan atau sebarang effect. 

*********************************************************************************

Sekian itu sahaja info tentang cataract yang dapat saya kongsi kan dgn anda semua. Cewah. 
Ops-ops, belom abis lagi syg2 sekalian. Bagi kalian yang sgt perhatin dengan masalah mata ni Shaklee ada supplement  untuk mata kita. Apakah ia? Jeng jeng. 


Apakah manfaat mengamalkan Carotomax ni?

Hehe.. Kita sembang dlm next entri yea. Alhamdulillah. Moga info ni sedikit sebanyak dapt bg maklumat dan membantu siapa2 yg dok tercari info pasal cataract  ni. 

Salam syg. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NOR HADIJAH KUDIRAN
 ID : 1112236
 SMS/WA : +6013 361 2397
 PAGE : KEDAI VITAMIN CIK NUR
 EMAIL : nor_2118m@yahoo.com
 COD : SEKITAR JERANTUT PAHANG, &  POS KE SELURUH MALAYSIA




 **Product ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit**

No comments:

Post a Comment